Muhammad:7

ASSALAMUALAIKUM

sebelum saya mula berbicara, suka saya nak kongsi
ayat yang saya mention di atas ni

"Wahai orang- orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah akan membelamu dan meneguhkan kedudukanmu."
[Muhammad; 47;7]

mungkin beberapa individu akan mula memikirkan 
betapa lame- nya saya
orang dah lama berkata- kata, menyebut- nyebut ayat ni 
tapi saya hari ni baru nak suakan

ingin saya gambarkan kegembiraan hari ini
keceriaan hari ini
tapi tak tahu nak describe kan betul- betul perasaan ni

saya ikut 2 program hari ini
satu, ceramah dari ISMA [walaupun saya bukan di bawah ISMA]
Deen's List VS Dean's list
(insyaAllah saya akan beri perkongsian tentang ini kemudian)
lepas tu ada Teleconference Ustaz Azhar Idrus
beliau beri ceramah di Masjid Shah Alam

dalam lawak- lawak beliau 
mungkin ada kata- kata yang menyentuh
lebih kurang begini:
" orang lain bersusun nak tengok bola finals, tapi tuan- tuan yang ada di sini beruntung berada dalam majlis ilmu"

AKU BERUNTUNG- ALHAMDULILLAH
tapi tak kemana kalau raga di situ tapi jiwa hilang terbang melayang kan?
DUSH! kan dah kena tu 'terasa sakit tak?'

malam ni "menumpang" tidur rumah Kak Atiq
dalam perjalanan dari Victoria Lodge --> Wilton, 
dalam 20-30 minit dalam kepekatan malam
banyak yang kami bualkan, sangat banyak in fact!
banyak yang dush dush boom!
tak mampu nak suarakan, mulut hanya boleh keluarkan "faham.. faham.. betul..betul"

perjalanan dalam kesejukan tu betul- betul terisi
Kak Atiq guna peluang tu dengan sangat baiknya

semuanya tentang da'wah dan tarbiyah
dan saya mula sangat selesa dengan kakak ohana saya yang sangat sweet ni
saya mungkin menta'aruf kan diri saya lebih lagi

dalam perbualan yang panjang dan penuh dengan dush dush dush tu
mungkin saya terberani sebut
"kalau kita tolong agama Allah"
Kak Atiq sambung; "Allah akan menolong kita"
tapi sebenarnya skop ini sangat luas. [sambung Kak Atiq]

mungkin kita pergi masuk ke majlis ilmu boleh dikatakan sebagai menolong agama Allah
tapi pastikah kita hantar seluruh raga kita ke dalam majlis tu
ingat- ingat balik, [bermonolog dalaman]
memang aku nak pertolongan dari Allah
tapi selama ini memang aku tolong Dia ke? 
atau aku sekadar mensia siakan masa aku untuk sesuatu yang aku tidak buka jiwaku
benar, sekurang kurangnya kita berusaha, 
tapi aku tak mampu lari dari takut
apa yang aku buat, menyebabkan aku tak dapat apa- apa
ah, imanku terlalu, sangat benar, pasti sungguh lemahnya.
bagaiman nak aplikasi kan ayat tu kan?

bila cakap tentang ayat ni, tak dapat nak lari daripada conversation awal kami
yang bermula di TESCO EXTRA berhadapan dengan traffic light,
5 minit berjalan dari Vic Lodge. 

tetang individu yang sungguh dirindui
Baginda Sallahu Alaihi Wasalam, Rasulullah yang cukup dicintai
Kak Atiq cakap tentang sesuatu yang tak pernah saya terfikir
tentang menjadi seperti Rasulullah, 
meletakkan baginda sebagai idola setiap Muslim
eh? apa yang saya tak terfikirkan? bukan saya ada share at facebook ke?
yup, saya tahu
untuk berperwatakan seperti baginda
tapi Kak Atiq sentuh satu perkara;

"Nak jadi seperti Rasulullah bukan dari sudut individu kita sahaja
diri sendiri kita sahaja
tak, jangan lupa, bawa sekali peranan Rasulullah dalam masyarakat
bukan sekadar ciri- ciri baginda yang dikejar
tapi usaha da'wah kita
benar kita tak mampu nak berjuang seperti rakyat Palestine mahupun Syria
tapi berjuanglah kita
Kak Atiq juga cakap, mudahnya kadang- kadang ada orang yang terlalu devote kan diri 
dalam unsur kerohian, sampai lupa nak bergaul dengan orang lain
kakak sweet ini pesan, jangan bawa fitnah Islam
betul- betul bawa kepada apa yang saya dapat pagi tadi
kehidupan akhirat dikejar, kehidupan dunia jangan dilupa
tapi yang sakitnya kalau kehidupan dunia pula yang lebih- lebih

sukar, sakit, perit

ya Allah, aku merindui perasaan itu
cuitan Mu,
ya Allah, tak mampu aku impikan
aku terlalu ingin bersamaMu
bersama rasulMu
aku terlalu rindu
aku terlalu inginkanMu ya Allah, tetapkanlah rasa ini 
tetapkanlah
biarlah aku di bawah lindungan setiap masa terutama di saat tiada lindungan lain selain lindunganMu

"Dan mereka menyiksa orang- orang mukmin itu hanya kerana mereka (orang- orang mukmin itu) beriman kepada Allah yang Maha Perkasa, Maha Terpuji."
[al- Burooj; 85:8]






aku merindui dia
aku merindui dia yang membawa aku kepada Engkau ya Allah
aku merindui mereka yang bantu, pimpin tanganku ke arah Mu ya Allah
kerana Engkau Maha Mengetahui,
tempatkanlah kami bersama di syurga

kerana setiap kali aku melihat dia,
betapa aku mencintai dia keranaMu

setiap kali ku memeluk dia,
aku terasa teringin berada dalam pelukanMu



~if Allah is the ONLY you have, you have EVERYTHING you need~
Allahu Yusahhil!
ingat sentiasa, Mujahadah itu Pahit kerana Syurga itu Manis :)

Comments

  1. Kira, tulisan ni pening nak baca.. :]

    ReplyDelete
  2. Oh, tulisan berangkai ke keluar? Kalau line x elok mmg akan keluar tulisan berangkai instead of tulisan yg di set. Lagi2 kalau guna iPad

    ReplyDelete

Post a Comment