[18:45]

ASSALAMUALAIKUM

tengok jam: (4.37 am)
nampaknya hampir 2 jam dah berjaga
but obviously tak sentuh pun lagi buku physiology or anatomy mahupun biochemistry
mungkin sebab dah setadi malam tadi?? errr
*alasan - headdesk*
~terus belek- belek website book depository yg buat 24 hour offer~ weehhh

bangun- bangun tidur, buka tablet err ada "saya"msg
minta tadabbur satu ayat ni
*waaahhh, gugup habis ni*

oleh sedemikian, jomlah teman saya mengisi masa sebelum study ni
nak segarkan fikiran dengan ayat- ayat Allah nan indah :) 
amaran, balasan, juga nikmat
semua nya dalam buku panduan ni
ehem, kalau study guna buku pun pandai nak refer index and contents buat panduan
please, sebetulnya al-Quran dan as-Sunnah lah index and contents hidup kita
insyaAllah

okay, buka Quran, atau phone atau tablet yang ada di tangan masing- masing
*Quran terjemahan tu biasanya page 298*
alhamdulillah
rasanya dah betul dah tu kalau jumpa surah al-Kahf, surah ke 18
oh okay, surah ni surah Makkiyah 
dan cari sampai jumpa ayat 45 :)

"Dan buatkanlah untuk mereka (manusia) perumpamaan kehidupan dunia ini, ibarat air (hujan) yang Kami turunkan dari langit, sehingga menyuburkan tumbuh- tumbuhan di bumi, kemudian (tumbuh tumbuhan) itu menjadi kering yang diterbangkan oleh angin. Dan Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu"
[al-Kahf;18:45]

Alhamdulillah :)
masa mula- mula baca, terus terang saya pun sangat tidak faham ayat ni
saya baca berulang ulang kali
masha Allah, ilmu Allah itu sepatutnya benar- benar diteliti
lantas, saya buka page sebelah ayat 46 :)

"Harta dan anak- anak adalah perhiasan  kehidupan dunia tetapi amal kebajikan yang terus menerus adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan"
[al-Kahf;18:46]

manusia ramai yang alpa
ramai sangat yang leka 
terlalu asyik dengan dunia
sehinggakan tidak sedar sekarang menghadapi ghazwul fikr 
*serangan pemikiran*

lupa sangat apa tujuan hidup sebenarnya
what is your purpose of life? 

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu. Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak menghendaki agar mereka memberi makan kepada-Ku"
[az-Dzariyat;51:56-57]

Allah umpamakan dunia kepada air hujan, yang menyuburkan tumbuhan

one thing we know, hujan memang tidak kekal!
seriously, setiap kali hujan, hujan pasti berhenti bukan?
dan faktanya kadang- kala kita yang terlalu berharap hujan yang akan berhenti
*sinis, kalau lah perasaan itu sama seperti mengharap kita jauh dari perkara yang membawa kepada lalai dalam dunia*

tapi dalam ayat ni Allah mengatakan hujan menyuburkan tumbuhan
dan seterusnya tumbuhan itu pula kering
dan ditiup angin
dalam kehidupan ni, memang perkara ini yang berlaku kan? :)

sebegitulah perkara- perkara yang ada di dunia
harta, wanita, pangkat, yang menyebabkan dunia nampak terlalu indah *sigh*
~tampar diri sendiri~
mampu melekakan manusia
mampu menjadi keindahan yang menipu jika hari- hari kita tak dilaksanakan dengan sebaiknya
manusia terlalu gembira dengan apa yang ada dekat dunia
sampai tidak memikirkan sedikit pun tentang kematian
adakah kita berani?
apakah surga yang kita akan ditempatkan kelak?

"Every soul shall taste death and you will only be given your full compensation on the Day of Resurrection. So he who is drwon away from the Fire and admitted to the Paradise, he is indeed successful. And what is the life of this world except the enjoyment of delusion"
[ali-Imran;3:185]

tengok tu! Allah dah warning dah dalam ayat yang atas ni!
kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang terpadaya

and we ultimately can see it dengan tumbuh tumbuhan
kalau tumbuhan ada hujan, suburlah jadinya
cuba dibiarkan tidak dihujani atau tidak disirami, the plant will be dead at the end

jika kita terlalu asyik dengan apa yang kita ada di dunia ni,
sedihnya
jika ditarik balik apa yang kita perolehi
apa yang kita rasa? mesti sakit kan?
orang atau sesuatu yang kita sayang diambil dari kita T.T

this bring me remembrance petikan ayat dari buku Reclaim Your Heart by Yasmin Mogahed

dalam topik For the Love of the Gift.
"What is a gift? A gift is something that did not come from us. A gift is given- and can be taken.We are not the original owners of a gift. A gift is also not necessary for our survival. It comes and goes We want and we love to receive gifts- but they are not necessary to our existence......"

apabila kita menjadikan pemberian itu satu hak milik
kita tidak menganggap itu bukan milik kita.

kita tedak sedar, itu yang menyebabkan
apabila gift tu ditarik, hati kita kosong
kita merana, kita meronta
sebab kehilangan

kita tidak sedar tumbuhan boleh menjadi kering
dan boleh ditiup angin
mudahnya, kita tidak sedar, 
dunia ini bagi kita boleh jadi kabur jika kita terlalu bergantung harap kepada perkara yang menarik minat kita
perkara yang hanya sementara

sedangakan dunia lah satu satunya tempat mengumpul saham ke surga.

"Sedangkan surga didekatkan kepada orang- orang yang bertaqwa pada tempat yang tidak jauh (dari mereka)
[Qaf;50:31]

saya takut, saya takut diri saya terlalu asyik dengan keindahan dunia
sehingga terlupa memujiNya
saya takut, saya takut memikirkan apakah benar saya akan tabah 
apabila Allah menguji dengan mengambil semula beberapa perkara

dunia ni benar- benar pinjaman yang betul- betul sementara

hanya menanti tiupan sangkalala
di situ, segalanya bermula :'(

dan ingatlah hanya Allah- lah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

ya Allah, thabit qulubana 'ala diinik, wa a'la ta'atik wa ala jihadu fi sabilik

oh ya benar, hari ni hari jumaat, hari al-Kahf saya gelar :D
tengah tadabbur, saya jumpa satu ayat ni dan ada penerangan di bawahnya

*eh, dah tutup Quran ke???* 
sekejap ye..
cuba buka ayat 23-24

"Dan jangan sekali- kali engkau mengatakan terhadap sesuatu, "Aku pasti melakukan itu esok pagi", kecuali (dengan mengatakan) InsyaAllah. Dan ingatlah kepada Tuhanmu apabila engkau lupa dan katakanlah, "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberi petunjuk kepadaku agar aku yang lebih dekat (kebenarannya) daripada ini."
[al-Kahf;18:23-24]

penerangan: menurut riwayat, ada beberapa orang Quraisy bertanya kepada Nabi Muhammad SAW tentang roh, kisah Ashabul Kahfi dan kisah Zulkarnain lalu baginda menjawab, datanglah esok pagi kepadaku agar aku ceritakan kepadamu. Dan baginda tidak mengucapkan insyaAllah. Tetapi sehinggakan esok harinya wahyu lambat datang untuk menceritakan hal- hal tersebut dan baginda tidak dapat menjawabnya, maka turunlah ayat di atas untuk memberi pengajaran kepada Nabi Muhammad SAW. Allah juga mengingatkan bilamana baginda lupa menyebut InsyaAllah haruslah segera menyebutnya kemudian.

seeru ala barakatillah
~if Allah is the ONLY you have, you have EVERYTHING you need~



Comments