Alam Berbicara

ASSALAMUALAIKUM

hari ni mulakan rutin pagi macam biasa
dengan segala macam chores nya
tapi pelik..
hari ni sempat online sekejap.. ok tu tak pelik
tapi still pelik!
saya jarang kot online selagi chores tak habes
dari dalam rumah, atas ke bawah..
serambi ke dapur
sampai ke halaman rumah
sampai ke bilik air.. basuh baju~ lalalalala.. rutin tiap hari dear :D


tengah- tengah la menyapu halaman rumah yang tak berapa nak besar tu~
dengar lah lagu.. [padahal dari awal lagi]
tetiba keluar lah lagu I'tiraf - Raihan tu
ingat tak? ingat tak?? ala.. lagu yang dari Syukur 21 tu
missnya cerita tersebut... [TV sila keluarkan balik! ^^]
la.... tak ingat ke??? yang ni lah! :D


bak kata Kak Syaima.. saya ni Miss Thinker and Miss Writer
takpelah lepas ni naik taraf Miss Speaker :p 
apa- apa pun, berfikir sejenak, merenung seketika [er tak...tak] 
masa tengah menyapu tu 
terfikrir, 
"aku ni hari- hari kot menyapu tempat ni, sekali menyapu bersih tapi esok kena sapu lagi, boleh sampai jadi kurus la ni.. molek sungguh ni. 
tapi dah sebab kena sapu hari- hari
apa sebenarnya yang aku sapu ni???"

look, I just wondering
cubalah nak kaitkan ngan diri jugak kan.. saja lah kan.. takde kerja
[padahal tengah menyapu tu]
kita ni hari- hari la banyak kekotoran/dosa yang kita buat
hari- hari kita sapu jadi bersih
solat sunat taubat, berdoa pagi petang siang malam
tapi at the end, esok, kita kena sapu lagi
dan itulah fitrah! itulah sebaiknya
kadang- kadang kotoran yang ada kat hati kita ni...
kita tak tahu pun mana asalnya, mana datangnya, apa yang menyebabkan nya
sampai leh kurus la katakan kan.. FOR SERIOUS!
senang cerita, itulah kita sebagai hambaNya
tak pernah lari dari kesilapan di muka bumi ni
ada je silap right?
padan la dengan diri kita yang Allah telah ciptakan 
untuk menyembahNya
"Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu"
[adz-Dzariyat;51:56]
dan dalam usaha kita menjadi abid yang baik tu
selalunya ada je yang rongak- rongaknya
ada je silapnya
ada nya leka nya
nauzubillah... 
let us CHANGE! 
[semangat sebab baca buku Thinking For A Change]
by Dr. John C. Maxwell
[which I really believe that Dr. title is philosophy doc- whatever anyway]
lepas tu tengok kat belakang rumah
rumput- rumput yang atok dah tebas bagai
beso-beso kemain...
tumbuh sokmo
sik mau berhenti :p
[campuran bahasa di sini.. maafkan saya]
tengok tu kan, terfikir plak.... kalau lah kan, kan, kan?
kita biar je rumput beso beso kat tempat kita tanam bunga cantik- cantik
mesti lah diorang bersaing kan?
dah tu kalau rumput menang macam mana?
mati lah bunga, hilanglah keindahan kan?
EXACTLY! [den tanyo den jawap - ayat cikgu Math SMKKJ dulu]
macam tu lah diri kita ni kan
kalau lah kita benarkan para rumput yang tinggi itu menguasai 
kita yang kalah
[eh, eh.. maksud saya nafsu.. maaf~ maaf~]
takut mati iman kita.. Nauzubillah T.T [jauh- jauhkanlah]
takut hilang Islam kita.. 
ya Allah, jauhkanlah kami dari kemungkaran
peliharalah diri kami, jagalah hati kami
so, apa lagi nak tunggu
jom ambil racun! kita bunuh anasir itu :p
eh, eh jap.. jap bang ooo bang, kak ooo kak
saya di sini tak suruh minum racun bunuh diri ea.. takde- takde
*head-desk*

apa yang saya maksudkan
lawan la nafsu itu dengan segala jenis tools and apparatus 
[pesanan untuk diri sendiri]
biar dia [nafsu] yang mati,
insyaAllah iman kita sentiasa hidup dan kalau boleh bertambah
semakin cantik semakin berseri
mengindahkan lagi kehidupan kita sebagai Muslim 
insyaAllah
senyum ceria :)


oleh itu wahai sahabat
jom!
oleh sebab disedarkan oleh huda
bahawasanya kita berada di Fasa 2: Fasa Pengampunan
seronok ni deh kalau kita mohon ampun daripada Allah
dengan menggunakan segala bagai bentuk memohon keampunan :)
Solat Sunat Taubat la yang utamanya kan?? ye dok?

"hek eleh, budak ni cakap cam dia tu bagus sangat je"
chill la kawan- kawan, kita kan kena saling mengingati
tapi dalam masa yang sama pandang- pandang diri kat cermin tu
tengok mana cacatnya kan???
Ramadhan!!!! banyak lagi yang diri ini belum laksanakan
janganlah cepat sangat berlalu T.T


Fi aminillah :)

Comments