Exam.. Tapi...

ASSALAMUALAIKUM

tetap rasa macam dah lama pula tak update blog
err, okay..
takpe je sebenarnya

hey, update Malaysian news tak??
5th of May 2013 
insyaAllah ada PRU yang ke 13
waaa...
due to my "I don't think I have reach the age to vote"
and ke-berada-an saya di bumi Shamrock ini
apa yang mampu kita lakukan ialah berdoa dan berdoa dan berdoa
dan beberapa perkara lagi
mengharap system yang telus
pemilihan yang bersih
dan apa yang paling penting ialah
kebenaran akan tertegak
dan kezaliman akan tertindas
insyaAllah

again, back to the topic
[suka sangat melalut ni]
okaylah, saya akui memang saya tak berapa nak fasih
dengan sistem universiti tempatan di Malaysia
erm.. I mean exam system atau bila final exam 
dan disebabkan bermusafir di bumi hujan "almost sokmo" ni
dan lebih kepada my own university ni
saya ada satu cerita [bukan drama mahupun cerpen]
dengarkanlah ini
#eheh#

okay, we, us, here dah nak exam
*takut, takut, takut*
[eh wait, mohon takut kepada Allah ye ^^]
dan macam UCC untuk first year dan second year med
since ester break kitorang holiday
dan buka sekolah hanya tak lain dan tak bukan untuk summer exam
atau mudahnya final exam
[kakak senior, bertabahlah, dan berjihadlah! insyaAllah gagah- biceps]
dengan sistem UCC yang belum ada semester, [as long as integrated, okay lagi insyaAllah]
means kitorang kena utilise the 6-7 weeks given
untuk study subject dari awal tahun sehingga akhir 
but- but- but
mesti ada juga yang gunakan moments sebegini untuk travel (yeay!)
ada juga sebahagian yang akan menambah lagha [tertikam, menangis, pedih]
dan kemudian menyesal sebab tak stadi 

maka masa dah masuk 3 minggu akhir itu, 
terjadilah kejadian 'rasa tak sempat'
masa tu rasa macam cepat- cepat, banyak lagi tak cover
alamak, sempat ke ni??
takut, risau, macam mana kalau fail?? kena oral exam lagi, repeat lagi

paling takutnya bila sampai tahap
solat pun tak dijaga, solat sebagai cukup syarat
solat hanya kerana tahu kita kena solat
maka ketika itu berkuranglah amalan- amalan sunat juga
kalau masa relax boleh baca 3-4 muka surat al-Quran
boleh lagi tadabbur, 
tapi waktu- waktu genting macam ni, kemungkinan ada yang baca tak sampai 2 muka surat pun
kalau biasa bangun tengah malam untuk bertahajud dan berqiam
tapi kali ni terus fikir nak study
*tanpa membaca doa bangun tidur mahupun mengambil wudhu' atau at least solat sunat 2 rakaat (tahajud)*
rasa macam "ala, semua ni sunat je, exam nak dekat dah"
erk???? apakah????

yang paling terguris sekali 
bila yang berada di bumi asing ini
yang tengok kawan- kawan mat salleh
"untunglah diorang, takde solat ibadah apa semua"
rasa jealous
ish! please nampak
saya kadang- kadang rasa kasihan tengok mereka
sahabat saya pernah cakap
kira, awak tahu tak sebenarnya every diorang selalu party, pergi bar?
sebab diorang tak ada cara lain untuk cari ketenangan tu
kita ada Allah, kita just perlu sentiasa ingat Dia
tapi diorang stress ke apa, diorang nak pergi dekat siapa?

ada orang time gini yang mula rapat dengan Allah
time- time sebelum ni tak ada pula
errr..
tapi at least okay lagi lah

sebab kes yang saya 'major' kan dalam seto-ori ini
ialah boleh dikatakan
kalau berdoa tu, doa paling pendek lah yang dia boleh baca
lagi pendek masa yang diambil lagi bagus katanya

sebelum tu, just nak remind:
saya tak tujukan dekat sesiapa
benda macam ni tak akan saya utarakan kecuali jika saya pernah merasa benda yang sama

semalam saya dengar satu lagu
di mana dekat AUCMS saya dengar hari- hari lagu ni especially waktu study week
lagu menuju wawasan by UNIC
kadang- kadang bila mengantuk study dan tak mampu tengok tulisan dah
lagu ni sebenarnya satu medium untuk dapat semangat balik
dan of course the strength is always come from Allah
walaupun kita belajar tenaga dapat daripada ATP from oxidation phosphorylation
atau substrate level phosphorylation

jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah Maha Kuasa
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata
umat Islam sentiasa boleh

masa saya dengar lagu ni balik, 
rasa tersentak sebenarnya
sebab rasa macam terlalu menjumudkan diri kepada dunia je waktu exam ni
sebab fikir exam je
exam final year instead of exam akhirat
lagi- lagi bila kualiti dan kuantiti ibadah meruntun
apakah sebenarnya keredhaan yang dicari?
atau hanya kejayaan solely dan dikhuatiri tanpa keberkatan

saya faham, mungkin ada yang rasa benda ni macam tak berapa perlu take big consideration
mungkin boleh cakap, lepas habis exam, kalau score betul- betul boleh cuti panjang
tapi.........
tak rasa menzalimi diri sendiri ke bila kita cramming our brain
bersusah- susah tapi kita masih rugi
rugi sebab tak dapat redha Allah
kenapa saya cakap macam tu? bukannya saya tahu Allah redha ke tak
ye, saya tak tahu
tapi sendiri merasakan apakah study kerana Allah 
atau hanya sebab nak score/lulus exam?
agak- agak kalau study sebab exam je... tanpa mengingati Allah
Allah masihkah redha?

dengan solat yang tak betul- betul dijaga kualitinya
dengan doa yang hilang entah kemana
seolah rasa hilang pengharapan kepada Allah
seolah terlupa dengan kekuasaan Allah yang membuat segalanya tak mustahil

teringat ahad lepas, ada ohana [read:usrah]
kak naqibah kali ni cakap tak ikut syllabus 
jadi sebab nak exam dia bawa tajuk yang lebih dekat di hati student
tentang DOA
tentang keberkatan doa dari para malaikat
dan akhirnya disambung dengan penjagaan solat
tengok tu
solat: prayer; doa: pray
tak mungkin lari from one another

kita mungkin akan ada rasa segan nak berdoa, rasa macam tak cukup je study
tak cukup berusaha
then, sorang kawan cakap
hidup kita jangan rasa cukup, kerana itulah sebab kejatuhan ummah
apabila mudah berpuas hati
saya lebih selesa mengatakan
kita tak tahu usaha kita sebenarnya banyak mana di sisi Allah
Allah yang tahu berapa banyak kita berusaha
jangan buruk sangka kepada Allah
jangan buruk sangka
sebab Allah yang menjadikan kita
yang mengenali kita sedalam- dalamnya, yang mengetahui apa yang tersirat di hati kita
*sound lame kan?*
lame macam mana pun, kalau kita tahu berapa lama dah pun
tapi tak ada kesedaran, sedih juga.

kenapa nak takut beribadat?
kita beribadat kepada Allah kot
akak naqiba selalu cakap, kalau kita sibuk
selalu minta kepada Allah satu benda ni
KEBERKATAN MASA

masa yang panjang tapi tak berkat, tak ada guna
masa yang berkat boleh jadi macam- macam ganjaran baiknya
boleh jadi kita baca sekali je dah boleh terus hafal atau faham
quantity tak semestinya related to quality
*ye, saya tulis panjang- panjang ni nak bawa satu tema je*

jadi, tema cerita saya hanyalah keberkatan masa
sesuatu yang saya kena sangat-sangat selalu ingat
dan saya harap sahabat di luar sana yang membaca
ingat lah keberkatan masa
redha daripada Allah
Allah boleh menyukarkan sesuatu untuk hambaNya
tapi Allah juga ber qudrat memudahkan urusan hambaNya
hanya tinggal Iradat-Nya sahaja

we are always meaningless without Allah
*seorang omputih ingatkan saya pasal tu*
sebab dia cakap I am interested to know your religion
you believe there is only one God
you know, we, without God, we are nothing
we are zero, there is nothing at all without the Almighty 
*semoga pakcik tu dapat hidayah*

apapun, semua celoteh ini
hanya untuk buat saya nampak, saya ingat
dan untuk saya kongsikan this one of the priceless jewels of Islam
Allah's barakah

Keep strong, friends
Keep faith, friends
teruslah beribadah
keep praying
keep placing your forehead on the ground
menyembah Dia yang Esa
Because He is always be there, never gone
never forgetting His creatures

SEERU 'ALA BARAKATILLAH
ya mujahidah, ya mujahidin

dan thabatkanlah hatimu di jalan ini
dalam perjuangan ini
Lillahi Ta'ala
never else
jom dapatkan balasan keletihan kita untuk dunia dan akhirat ye
insyaAllah

~if Allah is the ONLY you have, you have EVERYTHING you need~

p/s: kadang kala saya suka menulis di sini supaya saya nampak, dan saya sedar dan saya buat kerana saya telah memperkatakannya
dan Allah berfirman 

يٰۤاَيُّهَا الَّذِيۡنَ اٰمَنُوۡا لِمَ تَقُوۡلُوۡنَ مَا لَا تَفۡعَلُوۡنَ‏ ﴿۲﴾  كَبُرَ مَقۡتًا عِنۡدَ اللّٰهِ اَنۡ تَقُوۡلُوۡا مَا لَا تَفۡعَلُوۡنَ‏ 

"Wahai orang- orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa- apa yang tidak kamu kerjakan"
[as-Saff;61:2-3]

wallahu 'alam

Seeru 'ala barakatillah


Comments