Di Mana Ihsan Kita?

Assalamualaikum.

Saya menyedari agak lama menyepi dalam blog ni. Semakin kurang post di follow yang di baca. Kononnya tak sempat. Gaya budak medik typical, sibuk dengan study. Tapi sedih, kalaulah budak medik faham apa maksud sibuk yang sebenar. 

"Pelajar perubatan dan sains kesihatan kena buang tahyul yang mengatakan mereka itu sibuk. Kalaulah perkataan SIBUK itu diketahui maknanya..."
Kata Ustaz Hasrizal dalam twitternya.

Di kala saya menulis, saya tengah 'break' daripada menghadap nota pathology Dr. Collette Hand. Amazing lecturer. Among my favourite. Well, among the top two that I am clueless siapa lagi best, dia atau pensyarah embryology. (Merapu) Dan I am about 2 days away from Final Paper Behavioural Health. But, apa yang saya merapu dekat sini nak dekat exam ni? Like I said, I am taking a break with something yang saya nak muhasabah balik, dan saya rasa sambil muhasabah, elok saya kongsi bersama apa yang bermain di fikiran saya sekarang.

Sepanjang bulan April, pelajar perubatan tahun kedua UCC (dan tahun pertama) dan mula bercuti. Cuti Easter dan study month bermula (don't judge, we don't use semesterisation that we need to study for the module of the whole year from September punya study), dan peperiksaan bermula pada 28 April. 

Summer Exam. Or Final Exam.

Baiklah, point saya.
Kita daripada awal, masuk sekolah, tujuan kita menuntut ilmu kerana Allah. Betul?
Kita berusaha sedaya upaya untuk menuntut ilmu dalam keadaan kita sedar Allah perhatikan kita, dan kita nak impress Allah. Nak impress Allah. Not others.

Tapi, a month before exam, the tense increase, coming to the way up very much to a new levels of 'I need to pass this year.' Okay, ada antara kita yang masih teguh di jalannya. Dan ada yang masih teguh teapi sedikit sebanyak tergugat dengan tense ini. Kita mula melihat, sahabat- sahabat menjadi bookworm, study freak, kiasu, name it with anything. Semua orang, kanan kiri depan belakang study. 
Kita hampir lupa. 

Mana ihsan kita?

Bila peperiksaan semakin dekat, semakin kita tense up. 
(Saya tidak mengatakan kita makin jauh daripada Allah daripada sudut amalan) 
Tak, tak, langsung tak. Saya cuba sampaikan, niat kita menuntut ilmu (bukan semua) dah jadi lain. Bukan sebab lillahi Ta'ala. 

Kita dah tak rasa Allah perhatikan kita, kita dah tak rasa kita nak impress Allah.
Dalam hati, cuma cakap, aku dapat lulus pun jadilah. 
Jadilah.
Tapi, amalan kita masih tak berganjak.

Di mana kedudukan kita? 

Kita tertanya, kenapa sukar nak faham, kenapa sukar nak hafal? 
Kenapa kali ni berbeza? 
Kenapa aku dah tak terurus. 

Sebab nak finals.

Kenapa aku belajar hari ini.

So, masa finals boleh jawab. 

Err. Betul boleh jawab? 

Kita lupa, ilmu ni ilmu Allah. Belajar tanpa keberkatan Allah, kita tak tahu pengakhiran ilmu tu, atau hubungan kita dengan ilmu tu.
Kita cuma teringat tujuan kita menuntut ilmu bila ada sesuatu yang berlaku. 
Memang nak macam tu ke? Ke mana ihsan kita? 

Macam mana nak jaga hubungan hati kita dengan ilmu itu, kalau hubungan hati kita dengan Allah pun tak jaga.

Tapi, persoalan paling penting.
Apakah diri kita ini, tergolong dalam golongan 'kita' yang saya letakkan di sini?

Kalau tidak, alhamdulillah, bersyukurlah.
Kalau ya, alhamdulillah, kita tersedar insyaAllah. 

Sebab Allah masih sayang, Allah masih ada, sentiasa ada
Wallahu 'alam.

سير على بركة الله

Bergeraklah ke arah keredhaan Allah, insyaAllah.

Comments