Ready for Home?

Assalamualaikum

Early June, normal moment to see posts by students who study in Europe, writing about how they excited to go back home to Malaysia.
Alhamdulillah and insyaAllah so do myself, who is going to have my flight back home on June 3rd, together with more friends.

Except that, the excitement is about something else.
Meet families, friends, old teachers, foods, yes, yes, they are all included.
But today, I am going to write about something important.

As we had entered June, we all know one of lots amazing things is awaiting us at the end of the month, Ramadhan. And lots of people determined to change during the month. And it is a very good thing.

Tapi, adakah kita betul- betul yakin bahawa kita akan masih hidup sehingga saat itu?
Wallahu' alam.
Tapi, saya menulis kali ini tidak bermaksud untuk bercakap tentang Ramadhan. Tapi saya amat menggalakkan sahabat untuk membaca satu blog ni:

Ramadhan Is Coming!

Saya sendiri tersenyum simpul baca word by word. (Saya tidak mengenali penulis blog ini)

Kali ini sebenarnya, saya ingin menulis tentang perasaan pelajar- pelajar oversee yang ketakutan untuk ke Malaysia. Medan juang yang sebenar.

Di Malaysia, kadang- kadang bukan semua akan pergi ke 'bia'ah solehah' yang menjanjikan pengawasan terhadap amalan seharian kita. Mungkin tiada siapa pun yang akan mengingatkan kita apa yang perlu dibuat. Itu dan ini. Dan likelihood untuk futur itu, well, erm, mungkin tinggi. Mungkin.
Kalau di negara orang, kita buat kerja da'wah tapi di Malaysia, entah siapa tahu apa yang akan berlaku.

Tulisan ini adalah lebihnya untuk mengingatkan diri saya sendiri dan sahabat. Dan tulisan ini bukanlah applicable kepada individu yang berada di luar negara, tetapi juga individu di Malaysia. Yang akan menghadapi cuti sem.

Semua orang faham, cuti, holiday, masa untuk beristirehat, untuk menghilangkan penat selepas setahun bersusah payah menuntut ilmu atau membuat kerja. Tapi, betulkah apa yang kita faham tu?

Berehat daripada kelas, mungkin ya. Tapi yang lain?

Maaf, cuti daripada kelas, bukan cuti daripada Islam. Cuti daripada kerja, bukan cuti daripada Islam.
Seorang doktor di Ireland ni, pernah menyebut lebih kurang beginilah ayatnya.
"I am a part-time doctor, and a full-time Muslim"

This sentence is powerful, very powerful.

Kadang- kadang kita terfikir, "aku dah penat- penat dekat luar negara, bagilah rehat sikit."

Tapi hakikatnya, ada satu perkara kita lupa. Seorang kakak mengingatkan dalam tazkirah ringkas yang disampaikan"
"Kita tak tahu amalan kita yang mana yang diterima. Dalam banyak- banyak amalan baik kita, kita tak tahu mana satu yang mendapat redha Allah. Dan Allah hanya terima amalan yang diredhaiNya."

"Kejayaan terindah meraih mardhatillah" -quoted

Kita tak tahu amalan mana yang kita buat di Ireland ni diterima. Tapi, we already want to take a break in Malaysia. Sedangkan amal Islami kita sepatutnya di mana- mana sama. Di sini, dan di sana.

Apa yang saya cuba sampaikan.
Sebelum kita balik Malaysia, atau balik kampung, atau awal- awal dah balik kampung, plan our time. Plan our time very wisely. Bukan tak boleh berehat, tapi jangan sampai tertinggal perkara yang tidak sepatutnya kita tinggalkan. Terutama amal Islami yang kita amalkan dalam persekitaran 'biah solehah'.

Kita nak prepare untuk upcoming year as a student, (or anything) nak study dan kita juga nak amal Islami kita semakin baik. Kita juga nak habiskan buku- buku, science-based, fikrah (agama), apa- apa pun. InsyaAllah kita boleh capai, kalau kita betul- betul atur masa kita. InsyaAllah, ditambah dengan pertolongan Allah.

Mungkin di kampung, sukar mencari usrah. Tapi jangan lupa, 'Usrah yang sebenar bermula daripada tasbih kafarah dan suratul 'Asr dan berakhir dengan usrah yang seterusnya."
Tapi baik juga kita berusaha mencari usrah. Susah- susah pun sehari sekurangnya dengarlah ceramah di YouTube yang ber'durasi' sejam sebegitu. Sumber di hujung jari. Atau baca tulisan- tulisan yang membantu kita menjaga hati kita.

Seperti kita nilai hasil tarbiyah Ramadhan bermula daripada 1 Syawal sehingga 30 Syaban, begitulah persamaannya.

Ayuh bersama- sama kuatkan hati, teguhkan pasak iman, terhadap perkara yang akan menguji kita lebih-lebih di Malaysia. Jika jatuh, bangkit kembali. Kerana kita tidak boleh putus asa untuk bangkit jika tewas kepada nafsu, sehingga ke nafas terakhir kita.
Pulang ke Malaysia, adaptasi cuacanya, tapi bukan amal Islami kita.

Jaga pandangan, jaga tutur kata, jaga pendengaran, jaga fikiran, dan hati dan jaga iman.
Jadilah anak yang soleh dan solehah.
Berikan hak ibu bapa, ahli keluarga, orang sekeliling.
Jadilah hamba yang sentiasa tunduk kepada Dia, yang mengharapkan ihsan Dia, yang mengharapkan redha Dia dalam setiap amalan kita.
Menjadi hamba yang sentiasa berusaha ingin lebih baik daripada semalam.
Malaysia, kampung halaman ialah medan juang yang sebenar. Medan juang melawan hawa nafsu.

Fastabiqul khayrat!
Seeru 'ala barakatillah!

Pejuang takkan berpangku tangan, tak akan berhenti. Istiqamah.
Semoga kita sama- sama kuat. Sama- sama berjaya, dan ayuh saling mengingatkan.

Ingatkan saya jika saya terlupa, sedarkan saya jika saya terleka.




Comments