Tawakkal

[Mengapa Terkadang Konsep Tawakkal Itu Berkesan Terkadang Tidak Berkesan]

Saya selalu mengungkapkan, "Once you recite 'Bismillahi tawakkaltu a'la Allah' you just put everything to Allah and just let us say, 'let bygone be bygone"

Tapi impak tawakkal itu nyata berbeza kepada setiap individu. Dan saya yakin kebanyakannya berpunca dengan rentetan peristiwa sebelum tawakal mengambil alih.

Saya sendiri merasakan perbezaannya dan saya sedar apa yang saya rasa dan apa yang saya belajar daripada perasaan saya berbeza dengan bagaimana orang lain mengintepritasikan keadaan mereka. Dan apa yang saya bakal coretkan dalam ruangan 'luah perasaan' saya ini tidak lain dan tidak bukan mengenai apa yang saya pelajari.

Saya faham bahawa isu tawakal terutamanya musim peperiksaan adalah sesuatu yang cliché atau lame. Ramai orang yang telah menulis tentang perkara itu, mendalami dan mengadakan perbincangan. Tapi izinkan saya mengeluarkan buah pemikiran saya juga disini. 

Kononnya kita bertawakal, tapi kadangkala kita masih meratapi, menangisi kekurangan kita atau performance kita yang teruk dalam peperiksaan. Ada kalanya pula kita tahu kita tak buat dengan baik dalam peperiksaan seperti yang kita harapkan atau kita EXPECT (upper case due to reasons that I will explain later in this post) tetapi kita masih mampu control macho atau ayu selepas keluar daripada dewan. Terus terang saya katakan, semuanya bermula dengan usaha. Usaha dalam pelbagai bentuk. Usaha untuk berdoa kepada Allah, usaha untuk memahami dan mempelajari sesuati ilmu. Usaha untuk datang ke kelas. Usaha untuk berjumpa tenaga pengajar jika tidak faham dan jika mempunyai sebarang masalah dalam sesuatu subject tersebut, dan sebagainya. Saya include usaha datang ke kelas kerana bagi saya, saya bukanlah Professor John Nash untuk bertindak against going to class and presume classes just inhibit your creativity and potential and finally end up with creating something superb. Bagi saya nak create something superb, kena belajar sesuatu yang superb, kalau belajar perlu berguru). 

Dalam dua peristiwa di atas, saya merasakan perbezaan besarnya ialah orang yang kurang berusaha akan lebih merasakan depression nya, atau stress nya. Saya tahu saya mampu usaha lebih gigih daripada usaha yang saya berikan selama ini, dan saya tahu saya sebenarnya mampu untuk lebih banyak bertahajud dan bermunajat kepada Allah ketika sepertiga malam terakhir, tapi saya tak buat semua tu. Walaubagaimanapun saya meletakkan pengharapan yang tinggi so that miracle happen and my exam result would be good. Situasi kedua yakni tawakal kita menjadikan kita seorang yang kuat dan tak mengalami mental breakdown (tipu kalau tak stress even sebesar cubitan jari) biasanya berlaku selepas kita sudah memberikan sehabis baik yang kita mampu. Kita tahu limitation kita. Kita dapat rasa, contohnya ketika sedang menghafaz, okay I just can't focus anymore- we then know we need to take a break at stop for a litlle while. Bila dah provide our best efforts, kita yakin now everything to Allah and you will be more likely to understand that the end result could be a reward or test to us. But we must accept it well. 

Just to keep it short as I intended, tawakkal bergantung kepada betapa kuatnya pengharapan kita kepada Allah setelah betapa kerasnya kita berusaha [ikut kemampuan]

They don't work without one or another. 

After all, we put everything to Allah. We do. InsyaAllah

Seeru a'la barakatillah.

Comments