Malaysia, Aku Datang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Rasanya, beberapa hari sebelum nak balik Malaysia every year dah jadi macam satu kewajipan untuk saya menulis tentang persediaan menghadapi suasana Malaysia. 
Apatah lagi setelah 10 bulan tak jumpa keluarga (and in my case, won't ever get the chance to meet my late grandfather who passed away due to dengue fever which I consider we are close and plus the facts we live together under one roof for as long as I could remember), mesti banyak perkara yang tersemat dalam hati nak diluahkan dengan keluarga. Keresahan, kejayaan, kesukaran, kegembiraan. Dengan keluarga lah kita nak berkongsi semua tu. 

Things are not the same in Malaysia. It is different. Terutama bila kita dalam persekitaran yang berbeza. 
Satu, di negara Eropah (terutama Ireland di sini) di mana nilai Islam dalam masyarakat bukan Islam mudah dijumpai. Common sense bukanlah sesuatu yang sukar dilihat. Tak adalah nak sebut mereka di sini bagus sangat. Cuma nilai baik mereka tinggi (nilai tak baik pun banyak). Sehinggakan kita yakin kalau kita tertinggal barang in somewhere, insyaAllah most likely kita akan dapat barang itu semula. Bila nak naik bas, tak ada orang berebut, siap being gentleman beri peluang perempuan dan orang tua untuk naik dulu. Sekadar nak tolong orang lain angkat barang tu, mungkin perkara biasa bagi mereka. 
Dua, apabila kita tinggal di negara orang sebagai kaum dan masyarakat minority, kita tends untuk cling with each other. Duduk rumah sebolehnya nak dengan orang yang sama negara. Senior pula ramai yang menyediakan usrah, program-program yang sekurangnya membawa kita mengingati Dia, saling mengunjungi, memberi hadiah, saling mengingati dan berpesan-pesan. Mudahnya, di luar negara, kita hidup dalam biah solehah. Persekitaran yang mudah bagi kita untuk berusaha mendekati sang Pencipta. Nak solat, orang ajak solat jemaah sekali satu rumah. Sementara tunggu semua orang bersiap, masing-masing baca al-Quran, dan ada yang menghafal surah sementara menunggu. Lepas subuh, lepas asar baca al-Mathurat. Ada yang lepas subuh atau asar, buat tazkirah ringkas untuk lima minit. Ada juga dimana ahli rumah mengejut ahli rumah yang lain untuk bangun qiyam. Timeline Facebook pula dipenuhi dengan perkara yang baik-baik, perkara yang buka mata dan buka minda. 

Tapi tu luar negara. 
Mudah. Sebab ada orang selalu yang mengingatkan.

Di Malaysia, mungkin ada yang memang datang daripada keluarga yang buat semua tu di rumah. Maka beryukurlah.  Tetapi ada yang datang dari keluarga yang bukan sebegitu dimana kita yang perlu menghidupkan suasana begitu. Mungkin sukar nak ikut usrah di Malaysia kalau tak ada usrah di tempat yang berhampiran. Mudahnya, tak wujud biah solehah di tempat kita tinggal.

Kita selalu dengar bahawa 
"Usrah sebenar ialah bermula daripada tasbih kafarah dan berakhir dengan surah al-Fatihah"

Yang bermaksud usrah sebenar, ialah setelah tamat satu usrah sehinggalah ketika usrah yang seterusnya, 
Maka, in between itulah yang kita perlu kuat untuk menolak godaan syaitan. Ya, ada kemungkinan yang kita akan jatuh, kalah dengan godaan tapi menyedari bahawa Allah Maha Pemaaf, kita bertekad taknak buat lagi. 

Tanggungjawab kita ketika ini ialah kita sendiri yang perlu wujudkan biah solehah, as much as we afford to, as how much we able to do. Ajaklah ahli keluarga sama-sama solat berjemaah sekali. Yang boleh ke masjid, bergerak sama- sama ke masjid. Boleh juga pasang video yang mengingatkan kita kepada Allah. Tak perlu cari jauh-jauh, insyaAllah dekat YouTube tu banyak dah. Channel macam The Daily Reminder, The Prophet Path, Quran Weekly, The Merciful Servant, Fattabiuni (cari yang ada terjemahan sekali) dan sebagainya menjemput kita untuk tengok video yang mereka telah sediakan. Tak lama. Average 6 ke 7 minit. 10 minit pun kalau lama. Tapi kalau rasa macam tak cukup, boleh je buka ceramah individu.Mungkin berdurasi lebih kurang dalam 40 minit ke satu jam atau lebih. Ikut preference individu. Kalau tak ada internet, ada banyak bahan bacaan yang boleh dibaca. Majalah Solusi contohnya, as I remember cost RM 10.

Saya tahu ada yang berkata susah sebenarnya nak ajak family sekali. Faham. Maka sekurangnya kita buat biah solehah untuk diri kita sendiri. Sebab dekat luar negara (atau dalam negara juga) hari- hari ada orang nak ingatkan. Sahabat menghantar mesej, atau hantar makanan dekat rumah dengan ada post-it, dengan tujuan untuk saling mengingati. Share hadis atau ayat al-Quran yang sangat tepat dengan suasana ketika itu. 
Kita buatlah effort sendiri. Itu yang kita mampu. Mungkin dengan kuasa dan izin Allah, apa yang kita buat dapat tambat hati keluarga kita untuk semakin dekat dengan Allah, menambah amalan sunnah untuk menyeri ibadah wajib, Kita tak tahu. Mungkin akhlak kita yang dah berubah membawa ahli keluarga kita rasa seperti mereka pun nak perkara yang sama. Wallahu'alam. Asalkan at the first place, kita buat semua tu untuk please Him. Only Him. 

Dalam masa yang sama, kita gunakanlah masa cuti untuk bersedia menghadapi tahun yang mendatang, baca buku yang berfaedah atau menghafal surah, belajar masak, biasakan diri mengemas rumah, bantu ibu bapa atau tambah ilmu dalam bidang yang bukan bidang utama kita. Atau mungkin belajar Bahasa Arab bagi yang berkemampuan, Mungkin ada yang balik untuk berkahwin, atau bertunang, atau jika tidak pun menyediakan diri untuk mampu bina keluarga one day either for near future atau distant future. 

Plan masa kita. Sebelum balik dah rancang aktiviti dekat rumah dengan keluarga. Atau untuk diri sendiri. Mungkin nak jumpa sahabat-sahabat lama atau guru-guru ketika sekolah menengah atau sekolah rendah. Asalkan semuanya bermanfaat. 

Cuti musim panas ialah untuk berehat. Berehat daripada exam barangkali, tapi bukan untuk berehat sebagai Muslim dan juga bukan untuk berehat daripada tugas seorang penuntut ilmu yang haus dengan ilmu Allah. 

Ramai yang nak balik Malaysia, list movie nak tengok. Dalam masa yang sama, listkan lah juga buku apa yang hendah dibaca, surah yang hendak dihafal, mungkin tambah dengan berapa kali nak khatam Quran?
Ramai yang nak balik Malaysia, list makanan yang hendak dijamah. Dalam masa yang sama, listkan lah juga masakan apa yang kita nak belajar masak. 
Biar masa rehat kita bermanfaat.
Dan kalau boleh baik juga kalau kita sertakan sekali aktiviti sukan. Kalau boleh lah.

Apa yang kita amalkan di negara orang, itulah yang kita amalkan di Malaysia. Negara mungkin berbeza, persekitaran tak sama, tapi biar nilai Islam dan jati diri iman tetap terpasak gagah.

Petikan dalam satu movie yang saya tengok:
"When everything around me is changing, it gives me comfort to think the most important part of ourselves, the truest part, will never change"

The truest part of ourselves as Muslim in heart and soul, should give us comfort that Allah is always there for us and we want to change only for the better, insyaAllah. 
It is tough for me to go home without atok who passed away last January. Sebab bermaksud tak ada orang yang akan alunkan bacaan Quran dan zikir kuat-kuat atau menghafal doa masa tengah buat kerja atau tengah berehat bawah rumah. Suara tu akan terlalu dirindui. Semoga Allah tempatkan atok dalam kalangan orang yang beriman. Ameen. 

InsyaAllah juga kita akan menjalani ibadah bulan Ramadhan sangat tak lama lagi, Semoga itu dapat membantu dalam mengatur rentak kita insyaAllah. Semoga Allah meredhai usaha kita untuk dapatkan perhatian Dia, untuk dapatkan keredhaan Dia, insyaAllah.

I'm writing this to remind myself, and to my dear friends. May this can help me to remember my responsibilities as a muslim. 


Lets prepare for home! Physically and mentally (especially as for me things won't be the same anymore without my atok)
Seeru 'ala barakatillah. 









Comments