Bola Tampar

Waktu tahun ketiga perubatan, aku main bola tampar sebab nak hilangkan stress. Tahun ketiga tahun paling kritikal. Banyak cabaran. Ada yang disebabkan jalan yang aku pilih, which buat aku hilang ramai kawan walaupun sementara. Of course diorang terima jalan yang aku pilih, walaupun selepas beberapa bulan. Tapi aku yakin sangat, ada yang tak boleh terima lagi, ada yang masih marah, tapi memilih untuk sekurangnya berbuat baik. Aku tak ada kawan sangat, the fact yang aku memang tak reti nak berkawan. Dah ada kawan, tak reti nak jaga.

Jadi aku decide aku nak main bola tampar. Dua tahun. Tahun pertama dan tahun kedua perubatan, aku pilih untuk berlari atas treadmill yang berada di kawasan upper right dari gelanggang bola tampar. Aku akan cuba untuk berada di gym setiap kali ada latihan bola tampar. So that from above aku boleh tengok training diorang. Aku keep up diri aku dengan schedule bola tampar diorang. Selasa, Khamis, Sabtu. 6 pm dan 4pm.

Tahun ketiga, aku yakin tak ada orang peduli dengan keadaan aku. Aku kena lari. Tak ada orang yang nak bercakap dengan aku even.

Tahun ketiga, tahun bermula clinical years. Mencabar. Betul, aku tak ada masalah nak speak up my voice depan public. Public speaking aku kira okay. Aku tak ada stage-fright. Aku tak ada masalah jadi centre of attraction. Cuma satu. Aku tak pandai nak converse one to one kecuali kalau orang tu aku dah biasa. Aku akan rasa intimidated dengan orang lain, regardless apa peranan diorang dalam dunia ni. Orang akan pandang aku sombong. Sebab aku tak pandai nak mulakan perbualan dengan orang baru. Sebagai pelajar perubatan, itu memang satu masalah. Setiap kali aku jumpa pesakit, muka aku merah, jadi panas. Jantung berdegup laju. Tachycardia. Pengsan? Pernah sekali. Anxiety? Bukan seorang consultant yang suruh aku seek help untuk handle anxiety aku. Masa tu aku fikir pelbagai possibilities atau chances in life selain daripada doktor. Sebab doktor kena deal dengan manusia, dengan orang baru hampir setiap hari. Mungkin saintis? Mungkin ahli matematik? Mungkin embryologist? Lawyer? Pakar forensic? Kerja dekat makmal je mungkin? Aku confuse sebab aku tahu aku kena stay belajar perubatan.

Aku lari. Aku lari ke gelanggang bola tampar. Aku tak hebat. Sangat tak hebat. Dibayangi kehebatan ibu dan kakak waktu zaman diorang involve bola tampar. Aku budak balapan. Aku suka berlari. Aku budak atas padang trek, aku budak atas padang kawat. Bukan budak atas gelanggang. Aku cuba main masa tingkatan 5, tapi sekolah kitorang bukan sekolah hebat pun. Form team seminggu sebelum tournament. Kalah. Aku tak peduli. Sebab aku budak kawat kaki. Asalkan kawat kaki power, yang lain tak apa.

Aku main bola tampar masa tahun ketiga perubatan. Alhamdulillah, aku cepat tangkap. Getting better each time. Step by step. Bola tampar is all about trust. Teammate aku trust aku walaupun aku tak hebat, sebab kitorang setaraf. Kitorang budak baru. Aku committed. Aku faham perasaan ibu waktu ibu bangga cerita tentang menang itu dan ini dalam bola tampar. Mana kan tak, kawan-kawan ibu aku ingat ibu aku as seorang yang hebat dalam pandu puteri dan bola tampar. Mungkin bola tampar dalam blood.

Tahun keempat. Aku dah janji dengan coach aku akan still committed dengan bola tampar. Hampir dilantik sebagai committe, aku refuse. Sebab aku kena committed dengan study, dan sebab aku tak attend party. Aku tukar team. Dengan mereka yang lebih hebat. Level aku dah naik sikit. Dan people keep trusting me. Aku main kali ni, bukan sebab nak hilangkan stress dah. Aku jumpa kaunseling. Aku overcome anxiety aku. Aku build up confident level aku. Aku main untuk menang mana-mana league. Lawan dengan teams sama level. Kadang-kadang kalah, kadang-kadang menang. Tapi aku tetap nak main. Walaupun aku dah tak ada masalah dengan keadaan stress. Perubatan memang depressing tapi insyaAllah tak ada lah sampai tahap nak bunuh diri.

Aku mula tanya kenapa aku tak start involve dengan bola tampar sejak tahun 1. Lepas tu fikiran aku jauh lagi. Kenapa aku tak start main bola tampar sejak sekolah menengah, atau sekolah rendah? Coach selalu cakap dengan aku, sampai aku pun annoy (haha) "Shakira, you just waste two years of your life just by seeing us playing. You should already be down here three years ago. You have potential. If you start three years ago, your place might be there (pointing at advance team). You getting busier. But still I'm glad you commit yourself for this game" Terharu jugak dia cakap macam ni, tapi nada pakcik ni macam menghina sikit pun ada haha (gurau-gurau)

Tapi betul apa dia cakap. Kenapa?

Tapi aku faham. Semua benda yang berlaku ada sebab. Dan aku bersyukur sebab apa yang berlaku tu menjadikan siapa aku hari ini. Aku tak boleh nak fikir, dan tak akan fikir pun perkatan 'kalau lah'. Tak. Jalan hidup kita Allah dah cipta berbeza. Ada sebab kenapa aku pilih jalan ni. Ada sebab kenapa aku pilih jalan sana. Cara berfikir aku berbeza. Kematangan aku berbeza.

The Road Not Taken
The Road Less Traveled By.

Allah pilih kita untuk cerita ni. Kita protagonist cerita kita sendiri. Kita antagonist cerita orang lain. Dan tak ada istilah Dr Jekyll and Mr Hyde dalam cerita kita. Sebab kita yang lead hidup kita. Kita tak mungkin jadi both protaginist dan antagonist dalam cerita hidup yang sama.

Cuma kadang-kala kita lupa nak faham. Kita lupa nak usaha mencari sebab akan sesuatu perkara yang berlaku. Sebaliknya kita blame orang lain, sampai tahap blame Allah? Heh. Kita tak sedar dalam banyak duri yang kita dah langgar yang buat kita terluka, kita at the same time nampak jalan cahaya. Jalan keluar. Bila dah keluar, apa yang kita fikir hanyalah duri, bukan sebab kita pilih cabang yang betul untuk kita.

Aku tak faham situasi ni masa tahun ketiga. Aku keep blame people tak faham aku kenapa aku pilih jalan ni. Aku cuma nampak calar-calar dekat diri aku sebab pilih jalan yang tak selamat. Tapi aku lupa, jalan ni juga lead aku ke jalan lain. Sampai jalan keluar. Sampai mati. Sampai kiamat. Aku tak tahu apa yang tunggu aku dekat depan tapi satu perkara yang aku yakin ada sebab kepada semua yang bakal berlaku. Aku cuma harap jalan dekat depan tetap teguhkan iman aku.

Comments