Ikhlas Tapi Jauh

Peminat muzik nusantara pasti akan mengenali lagu yang menjadi tajuk cerita hari ini.

"Bila bila kiranya diri ku perlu,
Hari yang murung terdengar nada yang riang ria,
Sekali suara menyakinkan jiwa
Kaku langkah mengaguminya,
Kaku menerimanya."

Housemanship have been pretty hard on me for the past few weeks.

Hinaan, cacian dan makian, dah jadi kebiasaan.
Sekarang baru falam macam mana di sini, mereka telah terlalu terbiasa dan kadang kala menjadikan diri mereka sebegitu jua.

Mereka di dalam bidang ini mengerti, kerjaya seorang doktor, tidak kiralah, House Officer (HO), Medical Officer (MO), Registrar, Specialist dan Consultant perlukan pengorbanan yang tinggi.
Jenis dan tahap pengorbanan yang berbeza, seharusnya sesuai dengan tahap kerjaya.

Ada kalanya, kesuntukan masa untuk makan.
Ada kalanya, solat perlu di jama' kan.
Ada kalanya, tidur menjadi kekurangan.

Dan, paling tidak boleh dielakkan, tekanan perasaan.

Ada orang yang dikala hatinya rawan, menunaikan solat dan mengaji Quran.
Ada orang yang dikala hatinya terluka, memasang lagu sehingga memekikkan telinga.
Ada orang mencari gurindam, ada yang menyimpan dendam.

Kerap, ikhlas yang terbit dari hati, hilang di tengah hari.
Terlebih lagi, apabila kerap dimarahi.

Ramai yang mengatakan kerja doktor itu mulia.

Secara jujurnya pada tahap ini, agak kurang bukti yang diperlihatkan kepada kami akan kebenaran kata-kata tersebut.

Banyak kata kesat yang kami dengari.
Betul, kerana kesalahan kami sendiri.
Dan akhirnya, banyak juga kata- kata kesat yang keluar daripada mulut kami sendiri.

Because we are too used to it, we think it is okay.

Sebagai orang Islam, ramai yang berpesan,
"Ingat, anggaplah pekerjaan ini sebagai satu ibadah. Ikhlas dalam apa yang kita buat. Kita tak dapat berikan lebih masa atas tikar sejadah, jadi inilah yang menjadi aset kita."

Jujur, hati manusia ni berbolak balik, dan lebih mudah apabila menerima tekanan yang kuat. Kita bukan Nabi Allah, kita penuh kerendahan dan kelemahan.
Bukan mudah untuk kekal ikhlas bila kita asyik dikatakan "makan duit haram".

Tersentak bila memikirkan, "Jadi apakah duit yang aku berikan kepada ibu bapa aku, merupakan duit yang haram?"
Dan setiap kali memikirkan begitu, hati siapa tak terguris.

It's no longer easy not to take heart bila halal dan haram dah jadi permainan bibir

Bagi mereka yang hatinya cekal, akan berkata, "Aku akan improve, jadi aku takkan benarkan orang berkata aku tidak layak memperoleh gaji ini! I will prove them wrong, I can be a good doctor!"

Tetapi, sebetulnya berapa cekalnya seseorang itu, hatinya akan terguris.

Ini reality pekerjaan ini.

Sering aku bertanya kepada diri sendiri.
"Kenapa aku nak teruskan melakukan pekerjaan ini? Pekerjaan yang dimana setiap hari aku bangun dan berkata kepada diri, 'tahan, hari ini kena marah lagi' instead of 'hari ini aku cuba buat yang lebih baik.' Kenapa aku tak berhenti dan lakukan sesuatu yang membuatkan aku tidak berfikir bahawa aku sebenarnya sedang bekerja?"

Tapi, alhamdulillah, aku punyai impian sendiri. Dan tiada jalan lain boleh ditempuh selain jalan berduri ini.

Aku perlu menyakinkan hati untuk ikhlas.

Dan aku hanya perlu kuat.
Dengan wajah ibu dan keringat yang hanya untuk kebahagiaan keluarga.

Sumber kekuatan yang asli, dan murni.

"Selagi bahuku memikul bebannya,
Selagi hayatku merasa siksamu.
Selama senyuman, menjadi senyumku,
Ku bawa wajahmu walau diriku jauh"

Klise:
Tapi perkejaan kita memang benar ibadah.
Belajar lah untuk ikhlas, walapun jiwa mu jauh.

"Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu. Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu. Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu. Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu. Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu."
- KH Rahmat Abdullah





Comments