Selangkah ke Sorga

Sebenarnya ni catch phrase pinjaman daripada our Prof yang selalu digunakan to emphasis how we are not working hard enough to become a good or safe doctor.

"Ingat kerja jadi doktor ni dah selangkah ke syurga?"

Secara jujurnya, I don't even know if there is even a single soul actually think it that way.
Because I'm not.

I don't think my job giving me the advantage of being selangkah ke syurga.
Nak cari ikhlas pun sukar, nak cari redha pun payah, ni nak perasan confirm masuk syurga hanya dengan jadi doctor.

Eh.

Dan itu juga fahaman orang Islam.

Katanya when you are a Muslim, no matter how bad you are, kau selangkah masuk syurga.
Sebab kau Islam.

Tapi, kita yakin ke pengakhiran kita bukan kufur?
Mohon dijauhkan.

Sebagai HO yang menempuhi pelbagai jenis latihan dalam bentuk kemahiran dan pengetahuan, kena selalu pasak pada hati yang jiwa perlu kuat.
Kata makian perlu ditahan, sehingga telinga bernanah atau berdarah sekalipun.
Biar kuat.

Bila kita memikirkan bahawa kita ni sudah selangkah ke syurga, khuatir hati sudah jadi ego dan bongkak.
Kita jadi makin malas.

Malas mencari, hanya berharap ianya datang.

Dato' M. Nasir dalam lagunya, 'Insan Dan Manikam'

"Pak Tua menangis sendiri mengenangkan nasib diri,
Walaupun puas mencari namun belum ketemui.
Cik Buyung riang selalu, damai dan senang hati,
Walaupun tak berusaha, dia ketemui"

Ya, kadang kala ada orang yang berusaha mencari jalan ke syurga, masih tidak terjumpa jalannya. Dan ada yang tidak berusaha, jalan berada depan mata."

Kerja houseman tu macam tu.
Atau doktor secara keseluruhan.

Panggilan doktor tu tak membawa maksud apa, jika kita pun tak berusaha untuk jadi doktor yang selamat, yang dipercayai, yang bertanggungjawab.

Kita tidak jujur dalam pekerjaan kita.

Kerja pun main-main.
Kerap EL, MC tanpa tujuan yang boleh diterima.

Dan boleh pula mengadu macam - macam.
Katanya kita terlalu dibuli dan disuruh buat sesuatu yang bukan pekerjaan kita.

Malu pula bila nak fikir balik the fact that ada orang yang menganggap kerja doktor ni, dan masuk bidang kedoktoran sebab paling mudah untuk buat pahala.

Eh, kadang kala solat pun entah ke mana.
Niat Lillahi Ta'ala pun tak ada.
Tambah bila geram, ayat carutan dikeluarkan secara biasa.

Menghina orang, memandang rendah orang lain.
Are we sure we are even good muslim?

I mean, riak dan takbur sekecil titisan air pun di kira riak dan takbur.

Mungkin bila bekerja sebagai doktor fikir that bila, orang tu sakit, sukar nak beribadah, bila dah sihat, boleh beribadah dengan sempurna.
Atau bila selamatkan nyawa, a non-practising Muslim akan makin dekatkan diri dengan Tuhan.
Maka kita pun dapat sebahagian pahala.

Katanya lahhh..

Wow, extremely debatable.

First, yang menyembuhkan ialah Allah.
Kita?
Alat je weh.

Pernah seorang MO Surgery, now a Registrar tanya if we have solat or not.
He wanted to do round that time.

We said haven't.
He pretty much facepalmed.
He said,
"Dik, kita nak menyembuhkan orang ni pun kita berharap dekat Tuhan. Takkan taknak doa dekat Tuhan kott."

Ni nak perasan Selangkah ke Syurga.
Solat pun kena diingatkan.

A Consultant Colorectal Surgeon pernah cakap, "Dalam procedure yang kita buat, 40% je effort kita. Selebihnya rezeki Allah."

Nak fikir kita ni dah selangkah ke syurga lagi?

Heh.. say who?

I guess..
Cari ikhlas dulu, istiqamah kedua, dan terus memajukan diri ketiga.

Itu pun jauh lagi dari nak berangan senang masuk syurga.

Can we define ourselves as good abid yet?


Comments