Sombong

Manusia ni ramai yang sombong.

Sombong, menurut kamus dewan edisi lama, bermaksud tinggi hati, angkuh, bongkak.

Ya, dan begitulah manusia yang terkala angkuh untuk menyedari bahawa kita hanyalah makhluk yang serba serbi kekurangan. 

Juga angkuh dengan ilmu.

Tempoh hari, ketika ward round dengan our usual famous Prof.
Bertanya kepada kami soalan.

Bagi dia, basic.
Well for us, it is advance basic.
Yang seeloknya tahu jawapannya. 

Tentang oxygen dan kesannya kepada bayi yang pramatang.

Dan Prof mahukan pathophysiology kepada kesan dan perubahan tersebut.

Terkumat kamit juga kami nak menjawab.
Dan sudah tentu, menimbulkan kemarahan prof, dan seperti biasa, teruk juga kena sembur ketika itu.

Tapi kata-kata prof, juga seperti biasa, terlalu banyak betulnya.

Kita, orang zaman sekarang.
Kita, berteknologi tinggi, maklumat di hujung jari.

Phone, tablet, laptop, ebooks, semua ada.
Tapi kita guna tak untuk melanaskan pertanyaan dan perasaan ingin tahu yang terbendung dalam diri.




"Why this?"
"How that happen?"
"What is the mechanism?"
"When it happen?"

Persoalan, yang sejujurnya perlu jadi sebati dalam diri seorang doktor.
Yang sepatutnya sentiasa bergerak, untuk mencari jalan, bagaimana kita nak membantu pesakit kita.

Tak, kita tak guna kemudahan yang kita ada ni untuk mencari apa yang kita tak tahu. 

Prof berkata sesuatu yang agak mengetuk hati.

"Kita ni bukannya hidup zaman dulu, yang kena merantau berbulan bulan ke negeri orang, yang daripada Baghdad sampai ke Mekah, semata nak cari hadis, dapat satu sahaja, ada yang pergi merantau bertahun tahun untuk mencari guru, demi secebis ilmu"

Woah. Dush.
Sungguh rasa diri ni macam kufur nikmat pula.
Malas untuk mengkaji, walaupun segala perkara disediakan depan mata.

Internet?
Bersepah.
Buku? 
Tu berterabur tak berguna, tidak dibuka, tidak diselak, tidak dikaji.

Berdebu.

Saya kecewa dengan diri sendiri.
Ketika itu baru saya sedar.
Saya sudan posting yang ke lima, tinggal satu posting sahaja lagi untuk mengakhiri housemanship.
Lepas tu, dah jadi medical officer (MO) yang jauh lebih mencabar, sudah mula mengambil tanggungjawab dengan kesan dan tindakan.

And I posted this on Facebook.
I was extremely disappointed with myself.


"Antara langit dan bumi, masih dikau tidak mengerti
Antara Utara Selatan, masih dikau tidak peduli.
..... Usah berkata kosong, meninggi muka sendiri, 
Akhirnya jatuh"
- Sila Robek Hati Ini; Amir Jahari

Itu baru bahagian sombong taknak menuntut ilmu.

Terkadang juga, tanpa kita sedar, angkuh untuk memajukan diri kita.
Menuntut ilmu, bekerja dengan menggunakan kudrat yang ada.
Kita terlupa, semua orang bergerak, semua orang berusaha di sekeliling kita.
Semua orang mencari, untuk menaikkan taraf hidup sendiri.

Angkuh, seolah olah hidup kita sudah cukup.

Angkuh juga, dalam agama kita.
Sebagai makhluk Tuhan.
Bagaimana?

Kita kekal statik, atau regressing.
Kita leka.
Kita makin jauh.
Kita semakin kurang meletakkan pengharapan kepada Tuhan.

Kita merasakan tidak mengapa, kita umat Islam, kita akan masuk Syuga akhirnya.
Ohhh tetapi tidak pula kita sedar apa yang berlaku sebelum ke Syurga, jika sebenarnya kita meninggalkan fana ini dalam fitrah. 

We never know our end.
Tapi kita angkuh, tidak mahu menggunakan masa melakukan kebajikan.

Kita terlalu angkuh dengan masa kita.
Seolah olah dunia ini evolving around us with us being the centre of it.
Bongkak sungguh!
Kita tidak ambil tahu, bahawa, orang di tepi kita dalam senyap menggunakan masa mereka yang terluang untuk membantu mereka yang di dalam kesusahan.
Mencari orang untuk dibantu.

Mencari sumber untuk membantu.

Manusia ni bongkak, angkuh, sombong.
Kita tak guna apa yang kita ada, untuk memajukan diri sendiri.

Sedih, lihat pada diri sendiri.

"Masing masing berjuang untuk hidup
Mimpiku semalam sungguh aneh sekali
Ada seorang kaya menghitung hasilnya
Sedangkan jiran disebelahnya
Tubuh menggeletar kelaparan
Masing masing dengan diri sendiri"
- Masing masing; M. Nasir

Ketahui, fahami dan sematkan dalam jiwa.
Allah beri kita segala jenis kemewahan, harta ataupun jiwa.
Allah beri kita rezeki yang melimpah ruah.
Tapi kita tidak memiliki segalanya.
Kita saling perlu.

Carilah, geraklah, berusahalah, rendahkan hati dan jiwa, naikkan martabat diri.
Naikkan martabat agama.
Naikkan martabat negara.
Naikkan martabat bangsa.

Tuhan jangan kau izin aku lupa,
Jangan kau biarkan aku mendepang dada,
Pasakkan hatiku pada kaki,
Paksakan ku tunduk sehingga mati."
- Terbang Tunduk; Fynn Jamal.

Sungguh ini masa untuk berhenti meninggi diri.









Comments