Life in the Fast Lane

Perubatan Kecemasan, juga Kecemasan dalam Hidup.

Posting ke- enam, ED (Emergency Department).
Posting akhir dalam housemanship.

Selesai dua posting yang beri bekas calar kepada diri, kononnya, cabaran akhir.
Walaupun hakikatnya hanyalah permulaan kepada cabaran yang sebenar dalam dunia kedoktoran.

Pemerhatian dalam masa sebulan,
Posting yang menarik.

Penat, tapi menarik. 
Penuh dengan drama.
Penuh dengan pengajaran,
Penuh dengan air mata.
Penuh dengan pemahaman.

Perubatan Kecemasan ialah di mana kita buat keputusan dengan yakin, yang kita paling rasa memberikan kebaikan, atau giving less harm kepada pesakit.

Di mana semuanya perlu dilakukan dengan pantas tanpa pergerakan yang teragak- agak.
Dimana langkah yang perlahan boleh menyebabkan akibat yang buruk.
Dimana kita adalah orang pertama yang buat 'investigation' dan 'management'.

Semuanya bergantung kepada penilaian kita daripada input yang kita perolehi dan keputusan kita untuk bertindak daripada hasil penilaian kita.
Eh dah berbelit macam baca buku 'Critique of Pure Reason' hasil tulisan Immanuel Kant.

Perkara pertama pesakit datang ke triage, decision pertama nak letak patient di mana?

Red Zone (resus)?
Yellow Zone?  Tu pun nak masuk 2A ke 2B
Green Zone?

Pesakit datang dengan sakit dada, atau sakit bahagian 'epigastric', apakah perkara pertama yang kita nak 'rule out' kan?
Ya, STEMI. Sebab STEMI ni kita nak hantar Resus terus, kita nak thrombolyse.
Jadi keputusan yang pertama?
Ya, kita buat ECG.
ECG tu apa? Alah yang orang kata "Kita nak cek jantung sekejap ya" lepas tu letak pelekat banyak-banyak dekat dada, tangan dan kaki tu lah.
Daripada ECG ni kita dapat tahu, walaupun boleh jadi false negative, atau difficult reading, yang pesakit ada STEMI ke, NSTEMI ke, Unstable Angina ke?

STEMI?
Resus. Thrombolyse, call cardio, nak buat PCI ke tak, ke buat CABG ke.
NSTEMI? Unstable angina?
Hantar YZ 2A, bagi Aspirin, bagi Clopidogrel, cucuk lah Clexane (Enoxaparin) ke Arixtra (Fondaparinux) ke, Morphine lagi.

Lepas tu nak hantar darah apa...

Takpun pesakit datang dengan stroke.
Acute ke late presentation.

Acute?
Resus. Activate stroke call. Buat CT Brain urgent. Thrombosis? Kita thrombolyse.
Late presentation?
Hantar 2B, minta CT brain juga, refer medical (haha)

Terus teringat kata- kata seorang pesakit.
Ya, pesakit banyak mengajar kita.
Bukan sekadar menjadi guru yang baik dalam patient's presentation and signs and symptoms, tetapi juga boleh mengajar tentang hidup.

"Dalam dunia ni, kita buat keputusan dalam setiap perkara daripada awal sampai akhir. Pagi, kita decide nak bangun tidur ke tak lepas berjaga, kita nak gosok gigi tak? Kita nak mandi tak? Kita nak pergi kerja tak? Nampak macam rutin, tapi kita tak sedar hari- hari kita buat keputusan yang dianggap kecil ni."

Ya, I want to talk about decision.
And considering living in the fast lane, how a decision need to be done quickly, and how this rapid decision changed one's life, and this story, our own life. 

Dalam hidup ni, sebagai manusia, atau doktor, atau guru, atau jurutera, atau arkeologis, atau penulis, atau sejarawan, atau apa sahaja yang kita lakukan, kita diperlukan untuk bertindak.
Dan sebelum bertindak, kita perlu berfikir, untuk memutuskan apa tindakan yang kita nak buat. 
Mana yang baik, mana yang buruk, dan yang mana yang kita nak buat.

Perkara besar ataupun kecil. 

Benar, Allah penentu segalanya.
Qada' dan Qadar.
Tetapi Allah juga menjadikan kita sebagai makhluk yang berfikir, yang mampu membuat keputusan.
Kadang kala kita sahaja yang malas untuk berfikir.

Tetapi dengan membuat keputusan, risiko itu hadir sekali.
Sebab daripada keputusan yang kita laksanakan, akan ada rentetan peristiwa yang berlaku, di mana kita bertanggungjawab ke atasnya. 
Dan itu yang membuatkan kita takut untuk buat keputusan dan menjadi makhluk yang malas dan hanya menunggu sesuatu datang bergolek.

Tapi jika itu alasan yang kita gunakan untuk tidak membuat keputusan atau bertindak, sayang sekali dengan kehidupan kita.
Bosan.
Hanya kerana kita takut terluka, kita hidup dalam kehidupan yang bosan, di mana orang lain yang buat keputusan dan kita hanya menurut.

I really don't want to become a doctor when I was younger.
Jujur, banyak kali bergaduh dengan ibu sebab ibu suggest jadi doktor.
Punca? Pakngah Fizi. Haha.
Pakngah Fizi masa tu, young doctor, going to become a cardiologist. He is now a Consultant Cardiologist though.
Dia pergi cakap dekat ibu, "Shakira ni elok jadi doktor, dia rajin. Nak jadi doktor bukan kena pandai, tapi kena rajin."
He said this after I got straight A's in my UPSR I think.
I guess that's why he openly and happily accept when I told him I want to become a Vascular Surgeon. Because he know it's not easy.

Tapi again, I hate the idea.
Sampailah umur 16 tahun. Tahun 2009.
Masa tu ada main bedah-bedah katak dan tikus makmal yang putih tu.
Ketika itulah, rasa nak jadi pakar bedah jantung.
And my ultimate decision, I'm going to become a doctor.
Keputusan yang besar yang pertama that I did.
Dan of course masa tu belajar sungguh nak masuk medical school.

Alhamdulillah, rezeki dapat straight A SPM.
One and only, tahun tu.
Alhamdulillah, sebab belajar sekolah kampung sahaja.
Sekolah yang orang tak berharap sangat, lagipun tahun tu, I'm the only one student who managed to get straight A's masa PMR yang stay di sekolah kampung yang same.

Oh I do remember my struggle.
Nak aktif kokurikulum lagi, nak wakil sekolah lagi, nak jadi pengawas lagi, nak score dalam exam lagi.
Masa tu memang push diri untuk berjaya dari banyak sudut.
Since I was 16, I learnt and I untuk kobarkan masa tidur dan masa main so that I can actually do everything.
I can spend time reading, playing volleyball, Kawad Kaki Kadet Bomba, Kem Kadet Bomba sampai ke Kebangsaan di Wakaf Tapai, Terengganu, prepare myself for Parliamentary Style Debate (Malay and English both), Pertandingan Balas Pantun, Public Speaking, jadi MC perhimpunan, sukan Rumah Kuning (Tun Mahathir) lol, Kelas Tambahan dan, own revision.

Penat.
Masa tu belajar untuk jadi kuat.
Masa tu belajar tak boleh senang kalah dengan emosi sendiri.
Masa tu belajar maksud berkorban.
Masa tu belajar walaupun perempuan tapi kena boleh bersaing.

Sebabnya masa tu fikir, aku ni anak kampung, peluang tak banyak, exposure lagi lah tak ada. Tak ada pun zaman tu peluang untuk pergi buat lawatan ke MRSM ke, atau pergi ke Expo mana-mana, tak ada.
Kita sendiri nak, kita sendiri usaha.
Dan rasa puas hati bila berjaya.

Kita nak maju ke depan, tapi tak ramai kawan yang nak ikut sama.
Kita nak advance, ambil effort pagi- pagi tunggu cikgu nak tanya soalan yang akan considered as advanced dalam kelas.

That what's make me the way I am.

From the decision I made.
And from there, tipu kalau tak rasa pain, frustration, semua ada.

Punca?
Keputusan aku sendiri untuk taknak tinggalkan ibu lepas abang dan kakak duduk asrama.
I refused offer asrama.

Regret?
A bit, but not too much.

Dulu impian nak masuk MRSM, macam kakak. Tapi hati berat, dan rezeki pun tak ada.

Bila tak dapat MRSM Tingkatan 1, I didn't bother much, masa Tingkatan 4, kecewa.
Tapi soalan masa exam dekat MRSM KKB tu memang susah haha.

Jadi bila tak dapat tu, buat keputusan that I'm gonna show to the world, budak sekolah kampung pun boleh berjaya lah.
Alhamdulillah, lepas SPM, rezeki masuk AUCMS dan sambung ke UCC Ireland bawah tajaan MARA.
Keputusan yang dibuat lepas offer MARA datang last minute, sebelum hampir nak buat keputusan untuk sambung belajar UNIMAS lepas tolak offer Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.
Tapi decided for 60% chance to go to Ireland.
Sebab pernah cakap dengan seorang guru yang bertanya, kalau dapat luar negara, nak belajar di mana.
Jawapan ringkas tanpa fikir panjang ketika itu, Ireland.

Tak sangka betul- betul dapat.
Alhamdulillah.

Dan di UCC, tengok sahabat semua jenis yang hebat-hebat.
Sejarah zaman sekolah, mantap.
Kerdil diri terlalu terasa, menyerlah.

Sebab kawan-kawan, mereka ada sahabat zaman sekolah yang belajar di tempat lain.
Galway, Dublin, UK, Edinburgh, Prague, Russia.

Aku?
Tak ada.
Dan aku tak pandai buat kawan baru.
Terus menerus rasa inferiority complex, aku buat keputusan nak do my best.

Bukti anak kampung boleh bersaing.
Walaupun bukan dari sekolah hebat.

I think I'm doing good, I be the strong me.
Sampai lah, tahun ketiga. Atok meninggal. Dan aku tak dibenarkan balik.

Aku depressed.
Dan aku tiada setitis semangat pun yang tinggal untuk tuntut ilmu.
Aku cuma menjadi seorang yang do what I supposed to do.
Staying low.

I was suggested to seek help.
Which I did.
And I improved.
Semangat sedikit hadir.

Tahun keempat di Ireland, diperkenalkan dengan Vascular Surgery. Ketika itu the dream is to be a Neurologist. Mula berminat dengan Vascular, tapi still want to do Neurology instead. That time I was truly interested in Stroke and Brainstem.

Decision making, one important decision making I made that year was,
To stay in Ireland for elective posting for one month.,
Two weeks of Vascular, and two weeks of Neurology.

Vascular first because the second week would be the starting of Ramadhan, and in there it is way too long.
In Vascular, I learnt a lot, I follow Oncall in ED, I entered Emergency Surgery at 10 pm, I scrubbed in Ruptured AAA Repair that only finished at 12 midnight, I do everything, even on weekends because our team oncall.
The next day, started Neurology, and after 2 weeks in Vascular, I found Neurology bit boring.
Interest grew more in Vascular Surgery.
Even in Neurology, when there were nothing to do, I go to Vascular Theatre or Ambulatory Vein Clinic.
Mungkin sebab Mr Brian Manning yang passionately ajar tenting Vascular that I fall in love with it.
Witnessing a Carotid Endarterectomy for a patient post stroke due to carotid artery occlusion, I got excited of it.

Dan tahun kelima, Irish friend tanya,
"Shakira, Ive seen your Facebook post, you are deeply enjoying your Vascular Attachment. You were very enthusiastic about Neurology before. What you are going to do now?"

This lead to a huge decision, my life changing decision that I made back in Final Year Medical School.

I want to become a Vascular Surgeon.

I went to Vascular Theatre, the Hybrid Theatre or Theatre 8 in CUH, assisting Mr Manning.
He offered me back in attachment that I am welcomed to his theatre any time I want.
I became an opportunist.
Went to his theatre anytime I wanted.
Asking every single questions about vascular.

The team knew me well, expecting me in the OT, easily allow me to assist.
Offer me to follow their oncall, go to ED to see referral.
I've became a part of the team.

I know I made a wise decision.

And I know I will struggle for it, but I already my mind.
I am a person who hold strong of my words, and my dream.

Housemanship destroy me, my souls,
But I met someone who slowly making me find myself back.
Or to be more exact, a better version of Shakira.
InsyaAllah.

But I won't allow housemanship to destroy my passion of becoming Vascular Surgeon.
The decision I made years ago, is the one that saving my life now.
The only thing I have when I am very weak, at the end of my wit.

Keputusan yang kita buat, boleh jadi penyelamat.
Boleh jadi pembakar semangat.
Jangan takut untuk terluka.

Buat keputusan.
Swim deep into your soul, cari jawapan.
Take as long as you want.

Dan buat keputusan.






Comments