Tabir Senja

Leka mendengar lagu 'Oh!... Anak' oleh penyanyi kegemaran, Dato' M. Nasir sambil memandu, antara tabiat yang paling kerap dia lakukan. Selangor diumumkan PKPB, tetapi jumlah kereta yang merentasi antara kawasan dalam negeri tersebut seolah-olah tiada apa yang berubah. Tersangkut dalam kesesatan lalu lintas. 

Perjalanan dari Hospital Selayang, tempat dia bekerja ke rumahnya yang mengambil masa lebih daripada satu jam menjadi perlahan. Apatah lagi apabila perlu merentas kawasan Kuala Lumpur dan Cheras, pemanduan lebih penat. Menahan sakit belakang yang dialami sejak beberapa bulan selepas dia jatuh semakin sukar. 

Dia melihat ke luar tingkap, mengelamun.
Langit, menenangkan. Warna kuning keemasan yang semakin lama makin tampil, dengan sedikit seri merah jambu. 
"Nak sunset dah. Mesti seronok kalau duduk tepi pantai ni."

Teringat perbualan dengan rakan sekerja tentang pelbagai perkara. 
Perubatan, politik, makanan, dan COVID.

"Kita beruntung. Walaupun negara dilanda kesukaran sebegini, dengan ahli politik yang bertindak kalah seorang budak, kita masih secure pekerjaan kita dengan gaji yang masih tetap."

"Betul, weh. Kita ni kira blessed. Kesian weh tengok orang yang hilang punca pendapatan, atau pendapatan bulanan yang susut mendadak. Tak tahu nak rasa apa."

Ketika itu, jam hampir pukul 5, dan pada hari itu, tidak terlalu sibuk pula. Masing-masing hanya duduk berbual, mengenangkan nasib manusia mungkin. Empat orang pegawai perubatan yang tertekan dengan status kontrak mereka, yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Mereka yang baru beberapa bulan naik sebagai Medical Officer (MO) selepas menjalani kehidupan Housemanship (HO) yang memeritkan. Tetapi masuk dalam Jabatan yang sentiasa sibuk, tanpa ada HO, mereka lah MO dan mereka lah HO. Mungkin ada baiknya, sekurangnya tiada terbit perasaan bangga, selagi mereka tidak terlalu mengikut gaya hirarki yang memenatkan.

Mereka dalam Jabatan tersebut bukan dengan sukarela. Masing-masing ada jalan mereka, ada latar belakang yang tersendiri, ada cerita mereka, ada impian yang berbeza. 
Ada yang berminat dengan Cardiothoracic Surgery, ada yang berminat dengan General Surgery, ada yang berminat dengan Urology, ada yang berminat dengan Vascular Surgery, ada pula berminat dengan Emergency Medicine, Ophthalmology dan juga Orthopaedic. Mungkin menjadikan pengalaman mereka di Jabatan itu sebagai batu loncatan.

Sedang mereka sedar akan kedudukan mereka yang tidak pasti. Tidak tahu di mana masa depan membawa mereka. Sedar bahawa impian semata tidak akan bawa mereka kemana-mana.

"Kau tahu, dunia sekarang is all about survival of the fittest. It's unfair." 
"It's bound to happen, kita, manusia, tamak dan pentingkan diri sendiri."

Walaupun dengan sinaran yang tidak kelihatan, umpama terowong yang tidak berpenghujung, dengan nasib mereka yang akan dihantar ke mana-mana, dicampak ke mana-mana apabila diperlukan, dan dibuang apabila sudah tidak lagi dimahu. 
Bagai madu sepah dibuang.

Tetapi, buat ketika ini, mereka masih secure a job.
Mereka masih secure monthly income.

Tiada sebab untuk tidak bersyukur, kata orang.
Tiada sebab untuk patah semangat.

Mungkin. Mungkin tidak.
Mereka berada dalam Jabatan yang sama tetapi mereka berfikir berbeza. Tetapi kelakar. Setiap seorang daripada mereka, tidak sekali pun mengeluh tentang status kontrak mereka ketika bekerja. Mungkin mereka lantang di luar, tetapi di dalam ward, objective mereka hanyalah untuk membantu, dan menuntut ilmu. 
Refer case ke bahagian yang berkaitan, ambil darah, review pesakit, bedside secondary suturing, term referral, wound desloughing or debridement, remove or suture drain, clinic, atau assist procedures dalam operation theatre (OT).

Mereka geram apabila tidak dihargai, mereka geram apabila ada colleagues yang curi tulang, mereka geram apabila tidak dapat claim, tetapi apabila bekerja, mereka bekerja dengan telus dan tekun. Untuk seketika mereka lupa akan perasaan itu.

Mungkin. 

"Kita ni golongan beruntung, kita dalam komuniti 'the fittest', kita tak berapa affected by this pandemic financially." 

Tetapi kebenaran bahawa golongon kontrak itu diperlakukan seperti ping pong, dan apabila disuarakan, disindir dengan lantang oleh pegawai-pegawai tinggi pangkat, oleh orang- orang besar. Katanya zaman mereka lebih sukar.

Kembali lihat ke luar tingkap. Langit makin gelap. Tidak dinafikan, warna yang menenangkan tidak putus memberi harapan.

Seperti seorang doktor yang masih berharap.

Berharap untuk kekal survive.
Berharap untuk mampu mencapai impian.
Berharap untuk keluar dari kekalutan jalan. 
Berharap untuk masih bertahan.

Mereka ada mulut untuk disuap.
Mereka ada keluarga untuk dibumbung.

Work till you drop mungkin mindset mereka.
Mereka berkata-kata, tetapi masih mensyukuri apa yang ada.
Mereka masih terus bekerja.

Ramai lagi di luar sana ketandusan nasib, yang mengharapkan ihsan.
Yang masih menadah tangan.

Mereka gelar diri mereka 'MO cabuk', 'hamba KKM',
Tetapi mereka masih Medical Officer, mereka tahu peranan mereka.
Untuk memberi.
Dan sedikit daripada waktu tidak bekerja mereka, diguna untuk 'study case' atau mengulangkaji buku dan laman internet untuk lebih faham bidang jabatan yang asing bagi mereka.
Biarlah tidak dihargai, mereka masih berterusan mencari.

Warna kebiruan kian hilang, lebih merah bumbung alam.
EarPods di telinganya tiba di lagu 'Insan dan Manikam' yang dimain secara 'random' dari playlist Nusantara. 

Banyak perlu diulangkaji, esok kerja lagi.
Semoga selamat. 






Comments